Renung Renungkan

Salam Pengenalan

Salam pengenalan kepada semua. Semoga kita dapat bertukar-tukar idea tentang tanaman tebu nie..Siapa manusia paling kaya di Malaysia ???...tentunye jutawan gula ROBERT KUOK..kita tanam tebu ada aura gak jd jutawan...insyaAllah
(petikan kata-kata BOSS daeng)

Persepsi Orang Kita.....

Percayalah bahawa air tebu bukannya racun dalam kesihatan kita, malah air tebu mampu memberi kebaikan untuk kesihatan dan percayalah bahawa kita telah ditipu sejak zaman berzaman, Mengapa ini terjadi? persoalannya inilah persepsi orang kita. Kerana air tebu itu dianggap manis. Kemanisan air tebu terjadi dari penciptaNYA. Bukan seperti kemanisan GULA yg manisnya dicipta oleh kita sendiri. Cuba kita lihat KHASIAT air tebu ini. Sebiji KURMA sama KHASIATnya segelas air tebu. Apa yg terkandung dalam sebiji kurma adalah sama juga yg terkandung dalam sebatang tebu. Percayalah..........
(petikan dari Dr. Sumber Alam Semulajadi 1993)
Khasiat selanjutnya akan dibentangkan kemudian.

Vitamin B2

Vitamin B2, yang juga dikenali sebagai riboflavin (E101), merupakan

mikronutrien yang mudah diserap. Vitamin B2 mempunyai peranan penting

dalam menjamin kesihatan. Ia merupakan komponen utama kofaktor FAD

dan FMN, dan ini merupakan sebab diperlukan oleh protein flavo

(flavoprotein). Oleh itu, vitamin B2 diperlukan untuk pelbagai proses sel.

Seperti vitamin B yang lain, ia sangat penting dalam tenaga metabolisme

dan diperlukan untuk metabolisme lemak, karbohidrat dan protein.

Pendedahan kepada cahaya memusnahkan riboflavin. Riboflavin tidak

berbahaya apabila dimakan melalui mulut kerana keterlarutannya yang

rendah menjauhkannya daripada diserap dalam kuantiti yang banyak

oleh usus.

Kerana riboflavin ialah lutcahaya di bawah pancaran UV, larutan yang

.

tidak pekat digunakan untuk mencari kebocoran atau untuk menunjukkan

kebersihannya di sistem industri seperti bioreaktor.

Insulin

Insulin merupakan sejenis hormon jenis polipeptida yang dihasilkan oleh

kelenjar pankreas. Sel yang menghasilkan hormon insulin dalam kelenjar

pankreas dikenali sebagai sel beta, iaitu sejenis sel yang terdapat dalam

kelompokan sel yang digelar pepulau (islet of) Langerhans dalam pankreas.

Fungsi utama insulin ialah pengawalan keseimbangan tahap glukosa dalam

darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan.

Kegagalan badan untuk menghasilkan insulin, atau jumlah insulin yang

tidak mencukupi akan menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam

dan digunakan oleh sel-sel badan .Dengan demikian glukos meningkat di

dalam darah menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis juga dikenal

sebagai diabetes melitus.

Glukosa

Glukosa.JPG

Glukosa atau nama kimianya (2R,3S,4R,5R/S)-2,3,4,5,6-pentahidrosilheksanal

ialah salah satu monomer bagi karbohidrat. Glukosa adalah monosakarida

yang paling banyak terdapat di alam. Ia juga dinamakan dekstrosa.

Terdapat dua jenis glukosa iaitu D-glukosa dan L-glukosa yang dibezakan

oleh konfigurasi pada atom karbon kelima. Glukosa kemudiannya dapat

membentuk, dari satu rantai memanjang (yang dipanggil unjuran Fischer)

kepada, satu struktur siklik (yang dipanggil unjuran Haworth) seperti yang

ditunjukkan dalam rajah di sebelah.

Glukosa disintesis oleh tumbuhan hijau dalam proses fotosintesis.

Glukosa ialah sejenis gula ringkas. Tumbuh-tumbuhan menyimpan glukosa

sebagai karbohidrat yang terdapat dalam tebu.

Glukosa dalam larutan memutarkan cahaya terkutub-satah ke sebelah

kanan, maka ia dikenali sebagai gula dekstrosa.

Jumlah glukosa yang diperlukan oleh tubuh setiap hari ialah 160g. 120g

daripadanya diperlukan oleh otak setiap hari bagi orang dewasa. Jumlah

glukosa yang terdapat dalam cecair tubuh ialah 20g dan yang sedia ada

daripada degradasi glikogen simpanan ialah 190g. Justeru, glikogen

simpanan dapat membekalkan glukosa kepada tubuh dengan mencukupi

untuk tempoh satu hari sahaja. Dalam keadaan kebuluran yang

berpanjangan, glukosa mesti dibentukkan daripada sumber bukan

karbohidrat.


PERCAYALAH.......AIR TEBU ADALAH UBAT UNTUK MENCEGAH PENYAKIT

KENCING MANIS. MINUMLAH AIR TEBU YANG ORIGENAL TANPA AIR GULA.

KEMANISAN AIR TEBU SUDAH CUKUP BAIK UNTUK KESIHATAN.

Gula

Struktur

Hasil kemanisan dibandingkan sakarosa

Sakarosa
(glukosa + fruktosa)

100%

Glukosa

74%

Fruktosa

173%

Maltosa
(glukosa + glukosa)

33%

Laktosa
(galaktosa + glukosa)

16%

Kurma

Dikenali juga sebagai Phoenix dactylifera. Kurma adalah sejenis buah yang mengandungi banyak garam galian. Bagi setiap orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan 3 biji kurma, kecuali jika tiada kurma, bolehlah digantikan dengan makanan manis yang lain. Secara saintifik, logiknya kerana sepanjang hari berpuasa, badan kita menggunakan tenaga daripada makanan yang diambil ketika bersahur. Makanan ini melalui proses pencernaan dan penyerapan. Kandungan karbohidrat di dalam makanan-makanan akan ditukar kepada glukosa, sumber utama tenaga yang mudah diserap oleh badan. Selepas 6 jam, kandungan glukosa di dalam sistem pencernaan tidak mencukupi untuk menampung keperluan badan. Maka ketika ini kita akan berasa lapar. Penggunaan glukosa yang tersimpan di dalam badan perlu di ganti secepat mungkin iaitu ketika berbuka.

Khasiat:

Kandungan khasiat kurma bagi setiap 100 gram ialah:-

Karbohidrat

Kalsium

Potassium

Kalium

Karotin

Air

Protein

Serat

Ferum/besi

Vitamin (B1, B2 & niasin)

7.5 g

55 mg

62 mg

535 mg

140 mg

23 mg

2.3 mg

1.0 1.0 g

0.8 mg

1.43 mg

Daripada jumlah di atas, setiap 100g. kurma boleh menymbang sebanyak 295 kalori tenaga.

Kandungan Khasiat Air Tebu bagi setiap 100ml ialah:-

CALORIES 111.43

CALORISE FAT 0.03

PROTEIN 0.20mg

CARBOHYDRATES 27.40g

INSOLUBLE FIBER 0.71g

SUGAR-TOTAL 25.71g

RIBOFLAVIN—B2 0.16mg

CALCIUM 32.57mg

MAGNESIUM 2.49mg

POTASSIUM 162.86mg

Air Tebu adalah jauh lebih baik. Mari kita bandingkan contoh minuman ini.

KANDUNGAN GULA TAMBAHAN DALAM BEBERAPA CONTOH MINUMAN.

Kandungan gula dalam beberapa contoh minuman berbungkus

Jenis

Isipadu per kotak/ tin/ botol (ml)

Kandungan gula (g) per kotak/ tin/ botol

Bilangan sudu teh gula
(1 sudu teh = 5g)

Minuman isotonik

240

16

3 ¼

Minuman berkarbonat

240

25

5

Minuman soya

300

28

5 ¾

Minuman teh

240

28

5 ¾

Minuman blackcurrant

300

35

7

Minuman laici

300

33

6 ¼

Minuman teh bunga

300

21

4 ¼

Minuman cincau

300

27

5 ¾

Minuman tenaga

330

59

11 ¾

Sumber : Panel Maklumat Pemakanan pada label minuman berkaitan

(Tinjauan Pasaran, Januari 2010)

Disediakan oleh:

Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
www.nutrition.moh.gov.my
19 Mac 2010